Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan dua (2) buah keluarga. Keluarga yang berkenaan adalah;

KG PANDAN (KUALA LUMPUR), 17 Mei 2019 – Pn. Suzana bt Sein, 53 tahun, berkerja dengan mengambil upah mengasuh budak di kediaman tempat tinggal beliau dengan pendapatan tidak seberapa serta terpaksa menjaga abang beliau berumur 66 tahun yang uzur disebabkan masalah kegagalan buah pinggang dan tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti pekerjaan untuk pendapatan tambahan.

Pn. Suzana juga terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga cucu saudaranya seramai 4 orang berusia 18 tahun sehingga 8 tahun, kesemua cucu saudaranya masih bersekolah beliau mengambil alih penjagaan disebabkan kematian ibu kepada cucu saudaranya. Alhamdulillah, cucu saudaranya yang kini penuntut di kolej tingkatan 6, Pudu Jaya mendapat bantuan pelajaran daripada Pihak Baitulmal sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kewangan keluarga ini.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 646 6695.

Sumbangan telah disampaikan oleh En. Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif.

[RI-WKL-009]

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2019 – En. Ahmad Maulana bin Ady Wahid (37 tahun) dan isteri, Puan Intan Mazriza by Mohamad Noor (36 tahun) tinggal di sebuah rumah yang disewa dengan kadar RM450 sebulan. Bagi menyara isteri, lima orang anak serta ibu yang tinggal bersama, En. Maulana bekerja sebagai pembantu pasar malam dan memperoleh pendapatan sebanyak RM600 sebulan. Isteri beliau, Pn. Intan Mazriza bt Mohammad Noor, tidak bekerja kerana disarankan doktor untuk tidak melakukan kerja-kerja berat selepas menjalani pembedahan pundi kencing, tiga tahun yang lepas.

Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak dan 3 orang daripadanya telah bersekolah. Anak yang sulung, Aleya Nabila (11 tahun) belajar di SK Dato’ Keramat 1. Begitu juga adik-adiknya yang lain – Muhammad Hakimi Afrily (9 tahun); Nia Ramadhani (6 tahun), Hazeel Mukhriz (3 tahun), dan Mohd Aqil Rayyan (1 tahun). Hazeel Mukhriz dan Mohd Aqil mengalami penyakit enzema sejak lahir dan memerlukan rawatan. Turut tinggal bersama pasangan ini adalah Pn Maziah bt Arshad (58 tahun), ibu kepada Puan Intan yang kurang upaya akibat sakit lutut sehingga perlu dirujuk kepada pakar lutut Hospital Kuala Lumpur. Difahamkan keluarga ini ada menerima bantuan daripada Baitul-Mal secara bulanan sebanyak RM500

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) daripada YBhg. Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

[MS-WKL-010]

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;