SERENDAH, 13 Disember 2018 - Tazkirah Bulanan 2018 Siri 6 bersama komuniti Orang Asli Kg Ulu Melaka, Serendah telah berlangsung hari ini. Program berlangsung di Surau. Program bulanan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif YBK mendekati komuniti Orang Asli melalui projek Dakwah Orang Asli (DOA).

Ustaz Syaiful Akmal Addanan, merangkap Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, bertindak selaku penceramah. Turut hadir, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK; Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK, dan Encik Asuad Ismail, Timbalan Pengurus Pembangunan Aset.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;