- Hit: 1109
SHAH ALAM, 1 Ogos 2019 - Hari ini telah diadakan sesi Pengenalan Motivasi Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan kepada 200 orang pelajar istimewa OKU di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam. Sesi berlangsung selama 1 jam.
Para pelajar terdiri daripada OKU pelbagai latar belakang ('slow learner', fizikal, dan kurang daya pendengaran). En. Audi Faliq Ibrahim telah menerangkan secara ringkas, beberapa idea dalam modul Semangat Mendaki. Sesi ini lebih kepada mengukur maklumbalas dan penerimaan pelajar. Input dan komen daripada guru turut diambil perhatian.
Sesi penuh Motivasi Semangat Mendaki YBK akan dilaksanakan kemudian dengan modul penuh yang diselaras mengikut laras penerimaan pelajar berdasarkan maklumbalas yang diterima hari ini.