- Hit: 1070
SERENDAH,ย 1ย Ogosย 2019 - Tazkirah Bulanan Siriย 5 bersama komuniti Orang Asli Kg Ulu Melaka, Serendah telah berlangsung hari ini. Program berlangsung di Surau. Program bulanan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif YBK mendekati komuniti Orang Asli melalui projek Dakwah Orang Asli (DOA).
Ustaz Syaiful Akmal Addanan, penceramah merangkap Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, telah mengupas tajuk 'Kelebihan Sedekah'. Turut hadir, Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar, Yayasan Basmi Kemiskinan dan Ustaz Abdul Ghani daripada Lembaga Zakat Selangor.