KG GESIR TENGAH, 20 November 2019 - Anak-anak Asrama Kasih YBK Jambor Sakti Gesir telah diraikan dengan Majlis Jamuan Akhir Tahun 2019 yang diadakan pada hari ini. Bertepatan dengan minggu terakhir persekolahan, majlis ini juga bertujuan meraikan anak-anak yang berada di tahun enam yang akan meninggalkan ASKA Gesir bagi melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1.

Majlis bermula seawal sebelah petang dengan gotong-royong memasak 'barbeque' oleh pegawai YBK yang hadir. Dato' Hj Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK turut meluangkan masa untuk hadir dan telah beramah mesra dan solat Maghrib berjemaah bersama anak-anak. Turut serta, Datin Hartini Osman, En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam (Pengurus Besar YBK), dan pelajar daripada Akademi Kemahiran YBK Gesir.

Suasana gembira dan harmoni jelas terpancar dalam majlis antara anak-anak ASKA bersama hadirin. Persembahan turut diadakan bagi menceriakan suasana dan Dato' Pengerusi turut menyampaikan amanat serta nasihat. Majlis selesai sepenuhnya kira-kira jam 11 malam.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;