SERENDAH, 1 Januari 2020 - Pagi ini telah berlangsung Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah sesi 2020. Untuk sesi tahun 2020, lebih 40 orang pelajar hadir untuk mendaftar masuk.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat kepada ibu bapa pelajar oleh Pengetua ASKA Serendah, Pn. Halimaton Saadiah. Taklimat menyentuh berkenaan dasar dan peraturan ASKA di samping maklumat penting yang berkaitan.

Selesai taklimat, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan dan amanat oleh Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, mewakili Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom. Ini disusuli dengan penyerahan sumbangan kepada pelajar baru dan sesi pendaftaran serta fotografi.

Turut hadir bersama dalam Majlis ini adalah En. Audi Faliq Ibrahim (Timbalan Pengurus Pendidikan, Inovasi & Pembangunan Modal Insan YBK), Pn. Alia Zam (Pengurus Media YBK) dan Cik Rosmaiza Mohamad (Timbalan Pengurus Pentadbiran YBK).

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;