KG GESIR TENGAH, 19 Januari 2020 - Program orientasi pelajar Asrama Kasih (ASKA) Gesir Jambo Sakti berlangsung hari ini melibatkan 30 orang pelajar. Objektif program ini adalah untuk para pelajar saling mengenali dan mengukuhkan ukhwah dan semangat kerjasama.

Sesi dikendalikan oleh En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif bersama En. Audi Faliq Ibrahim bermula jam 9:30 pagi. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan secara santai dan penuh keceriaan. Turut bersama, Puan Farahin Iszreen Ismail, Pengetua ASKA Gesir Jambo Sakti. Pada kesempatan yang sama juga, para pelajar turut menyampaikan ucapan 'Selamat Hari Lahir' kepada Pengetua yang tarikh lahirnya jatuh pada hari ini.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;