SEPANG, 12 Februari 2020 - Program Motivasi Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) memulakan siri sulungnya untuk tahun ini dengan sesi bersama pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda, Sepang.

Sesi melibatkan lebih 100 orang pelajar dan dilaksanakan selama dua jam. En. Audi Faliq Ibrahim telah mengendalikan sesi di mana pelajar diperkenalkan dengan konsep Semangat Mendaki secara ringkas. Turut bersama, En. Salleh Sidek daripada NGO Briged Negaraku Sepang.

Siri Motivasi Semangat Mendaki adalah salah satu daripada program pendidikan YBK melibatkan sekolah rendah dan menengah terpilih. Sesi memberi fokus kepada pelajar yang bakal mengambil peperiksaan dengan penekanan kepada semangat dan keyakinan diri.

Kepada sekolah yang berminat untuk menjemput Team Motivasi YBK, boleh berhubung dengan En. Audi Faliq Ibrahim di talian 019 374 0382 / 03 7875 0036.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;