20 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Puchong, Serendah dan Kuala Selangor. Sumbangan disampaikan oleh En. Mohd Rasidi Sapiai, Pegawai YBK. Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


PUCHONG, 20 April 2020 - Abu Samah b Ahmad bekerja mengambil upah membaiki peralatan atau tandas rosak di rumah orang. Dengan pendapatan yang tidak menentu, beliau bersama isteri mengharungi kehidupan bersama 4 orang anak - yang sulung bersekolah menengah dan tiga lagi di sekolah rendah.

Hilang punca pendapatan setelah kilang membuat jubin seramik ditutup dan beliau tidak dapat mencari kerja baru kerana menghidap masalah kesihatan urat saraf yang menjejaskan pergerakan beliau. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 325 3155.

Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


PUCHONG, 19 April 2020 – Mohd Ayob bin Abdul Kadir sebelum ini mengambil upah sebagai mekanik tapi telah diberhentikan 4 bulan yang lalu. Kini beliau bekerja membantu kawan-kawan yang bekerja di Pasar Borong Selangor. Dengan pendapatan yang tidak menentu, beliau bersama isteri menyara tiga orang anak yang bersekolah di mana dua orang lagi masih kecil.

Keluarga ini baru saja berpindah rumah kerana hilang kemampuan untuk membayar sewa. Mereka telah dibantu bagi membayar deposit rumah dan sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan bayaran bulanan. Sepanjang PKP keluarga ini telah mendapat sumbangan beras & barang keperluan asas daripada jiran-jiran yang prihatin. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 351 2786.

Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


PUCHONG, 19 April 2020 – Rohaya binti Mustapha adalah seorang ibu tunggal yang berniaga nasi lemak dengan keuntungan bersih sebanyak RM25 sehari. Beliau tinggal menyewa bersama 4 orang anak yang bersekolah rendah dengan kadar sewa RM550.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1062 4674.

Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


PUCHONG, 20 April 2020 – Mohd Nasir bin Panjang bekerja sebagai pemandu lori di kedai ‘hardware’ dengan gaji RM60 sehari. Tiada memperoleh pendapatan sebaik Perintah Kawalan Pergerakan bermula dan belum lagi menerima sebarang bantuan barangan keperluan asas dari mana-mana pihak.

Menyara kehidupan bersama isteri dan 3 orang anak yang bersekolah menengah dan 3 lagi disekolah rendah, mereka sekeluarga tinggal di pangsapuri dengan bayaran ansuran sebanyak RM300 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1767 7498.

Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn Bhd telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


PUCHONG, 20 April 2020 – Rosmadi bin Mohd Wahi dan isteri telah hilang pendapatan sejak kilang Western Digital tempat mereka suami isteri mencari rezeki ditutup pada bulan Jun 2019.

Bergantung dengan duit pampasan yang diterima sementara sedang berusaha mendapatkan kerja lain, Rosmadi membuat kerja sementara dengan mengambil upah sebagai nelayan di Port Klang dengan pendapatan yang tidak menentu. Beliau bersama isteri menyara 4 orang anak dimana anak sulong berusia 13 tahun bersekolah menengah dan tiga lagi di sekolah rendah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 325 3155.

Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


PUCHONG, 20 April 2020 – Nurul Aznin binti Abu Hassan adalah seorang ibu tunggal berpisah dengan suami pada 5 tahun yang lepas. Sejak itu, beliau menyara keluarga dengan mengambil upah mengasuh anak jiran. Upah sebanyak RM400 sebulan digunakan untuk menyara 3 orang anak yang mana 2 daripadanya bersekolah rendah.

Setelah Perintah kawalan Pergerakan dikeluarkan, Nurul Aznin hilang terus punca pendapatan. Namun begitu kepayahan hidup mereka telah mendapat perhatian pihak yang prihatin dan telah membantu keluarga ini membayar sewa rumah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2613 7596.

Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


PUCHONG, 20 April 2020 - Murni binti Mat Jusoh adalah ibu tunggal yang baru sahaja kehilangan suami bulan Januari yang lepas. Peninggalan suami dengan bayaran SOCSO sebanyak RM850 sebulan digunakan bagi menangggung 5 orang anak, yang sulong Tingkatan 1 di SMK Taman Putra Perdana, 2 di sekolah rendah dan 2 lagi masih belum bersekolah.

Cuti sekolah pada 14hb Mac mereka sekeluarga telah pulang ke Kampung di Besut, Terengganu. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih belum berakhir, mereka tidak dapat pulang semula ke rumah di Apartment Siantan, Taman Putra Perdana. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 387 5754.

Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


PUCHONG, 20 April 2020 – Ismail Tajuddin bekerja sendiri mengambil upah servis & memasang penghawa dingin dengan pendapatan RM600 sebulan. Isteri merupakan suri rumah menjaga 6 orang anak. Dua orang anak mereka belajar di Institusi My Business Academy, 2 bersekolah di SK Taman Putra Perdana, seorang di tadika, dan seorang masih belum bersekolah.

Sepanjang PKP, keluarga ini juga mendapat bantuan Beras dan barangan keperluan asas daripada Masjid Putra Perdana. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-655 9550

Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn Bhd telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;