23 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Tanjung Malim (Perak) dan Kuala Kubu Bharu (Selangor). Sumbangan disampaikan oleh En. Romdani Sharif, Timbalan Pengurus Akademi Kemahiran YBK (AKYBK). Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


KG. KUALA LANAR, 21 April 2020 – En. Abdul Razak b Mat Yasin adalah seorang penoreh getah yang terkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. Beliau juga merupakan OKU percakapan yang mengidap penyakit kencing manis.

Beliau menyara dirinya, seorang kakak beliau yang juga tidak berkahwin bersama 2 orang anak saudara beliau yang lain. Sebelum ini, beliau tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

Beliau boleh dihubungi di talian 011 1337 7526.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Servecare Sdn. Bhd. dan telah disampaikan oleh Ketua Kampung Kuala Lanar, Tn. Sahlan Aidilfitri b Abu Hanifah mewakili YBK. Penyerahan sumbangan dilakukan di rumah Tn. Sahlan Aidilfitri.


TANJUNG MALIM, 23 April 2020 – Bekerja dengan vendor kilang Proton, En. Ahmad Firdaus b Adam tinggal bersama isteri dan 4 orang anak yang masih bersekolah semuanya. Isteri beliau sebelum ini berniaga kecil-kecilan di hadapan sekolah bagi menampung perbelanjaan keluarga. Pada masa Perintah Kawalan Pergerakan, isteri beliau tidak dapat berniaga menyebabkan hilang pendapatan untuk membantu suaminya.

Beliau tidak tahu sama ada syarikat tempat beliau bekerja membayar gaji atau tidak kerana tiada apa-apa makluman dari pihak syarikat. Rumah yang beliau tinggal merupakan rumah sendiri di mana bayaran bulanannya sebanyak RM420.

Beliau boleh dihubungi di talian 011 3996 0078.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


TANJUNG MALIM, 23 April 2020 – En. Khairol Arman b Ahmad terpaksa bergantung harap pada pendapatan isteri yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai sumber pendapatan utama keluarga. Anak beliau seramai 7 orang dengan 5 orang masih bersekolah. Beliau tidak dapat bekerja berat selepas kaki beliau patah akibat kemalangan jalan raya dan hanya mampu mengambil upah memotong rumput.

Keluarga ini masih membasuh pakaian menggunakan tangan kerana tiada mesin basuh. Rumah beliau juga tiada peti sejuk kerana kekangan kewangan. Untuk bergerak, beliau meminjam motor jirannya. Isteri beliau juga terpaksa menumpang jiran setiap kali ke tempat kerja.

Isteri beliau yang menerima kunjungan wakil Sinar Kasih Ramadhan YBK 2020 (SKR 2020) ketika beliau keluar bekerja sangat terharu di atas sumbangan yang diberi sehingga air matanya mengalir dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan yang diberi.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 595 7368.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


TANJUNG MALIM, 22 April 2020 – En. Mior Ahmad Safuan tinggal bersama isteri, anak seramai 4 orang dan bapa saudaranya yang telah uzur. Sebelum ini beliau menjaga ibunya yang lumpuh, di mana banyak wang diperlukan untuk membeli susu dan lampin pakai buang untuk ibunya dan bapa saudaranya yang tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana uzur.

Semasa ziarah wakil Sinar Kasih Ramadhan YBK 2020 (SKR 2020) ke rumah beliau, ibu beliau baru beberapa hari meninggal dunia. Kini beliau menjaga bapa saudaranya yang tiada anak kerana tidak pernah berkahwin. Beliau tinggal di rumah pusaka orang tuanya. Pendapatan sebagai posman tidak mencukupi untuk menampung kehidupan hariannya.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 955 7741.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


KUALA KUBU BHARU, 23 April 2020 – En. Mohd Umar Mohamed Zainal merupakan seorang peniaga nasi lemak di 2 buah restoran cina di Kuala Kubu Bharu dan Rasa yang telah hilang punca pendapatan apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Beliau telah cuba berniaga secara ‘online’ akan tetapi sambutannya kurang menggalakkan kerana persaingan di kawasan sekitar sangat tinggi.

Beliau tinggal bersama isteri dan 6 orang anak yang semuanya masih belajar di IPT dan sekolah harian biasa. Isteri beliau selalu membantunya memasak dan menjual nasi lemak. Bagi menampung perbelanjaan, beliau mengambil inisiatif menjual sabun basuh akan tetapi ianya tidak dapat menampung perbelanjaan makan minum keluarga ini sepenuhnya.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 010 769 0522.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


KG. SG. SELISEK , 21 April 2020 – En. Mohd Daud b Derus seorang pesara Syarikat Bekalan Air Selangor. Beliau tinggal bersama isteri dan 2 orang perempuan beliau di Kg. Sekolah, Sg. Selisek. Isteri beliau mengidap sakit buah pinggang dan terpaksa membuat dialisis 3 kali seminggu di Tanjung Malim. Wang persaraan beliau banyak digunakan untuk perubatan isteri.

Sebelum ini anak lelaki beliau yang hanya bekerja kampung banyak membantu makan minum beliau sekeluarga. Namun, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku, anak En. Daud terputus punca pendapatan. Seorang anak perempuan beliau diberhentikan kerja kerana PKP, manakala seorang lagi menjaga isteri beliau yang uzur.

Semasa wakil SKR menyampaikan sumbangan ini, beliau begitu terharu kerana tidak pernah menerima apa-apa bantuan dari mana-mana pihak. Dengan nada sebak beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan yang diterima kerana beliau sangat-sangat memerlukan ketika ini.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 303 4961.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


TANJUNG MALIM, 20 April 2020 – En.Mohd. Rohizan b Ab. Wahat bekerja di sebuah kilang di kawasan Proton City. Beliau tinggal bersama isteri dan 8 orang anak yang masih lagi bersekolah kesemuanya. 4 orang anak beliau belajar di peringkat menengah, manakala 3 lagi belajar di sekolah rendah. Anak sulung beliau yang merupakan seorang graduan diploma sedang menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda. Rumah yang beliau tinggal sekarang merupakan rumah sendiri di mana beliau perlu membayar pinjaman kepada pihak bank sebanyak RM450 sebulan.

Keluarga beliau yang besar memaksa beliau bekerja lebih masa untuk mendapatkan wang tambahan. Akan tetapi, Perintah Kawalan Pergerakan amat menjejaskan pendapatan beliau yang kini hanya mengharap pada gaji tetap sahaja. Keadaan persekolahan yang bercuti kerana PKP melegakan sedikit perbelanjaan beliau.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 554 7271.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


TANJUNG MALIM, 23 April 2020 – Pn. Noor Farhah bt. Ahmad merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang urut tradisional sebagai pekerjaan utama untuk menampung perbelanjaan harian beliau bersama 3 orang anak yang masih bersekolah semuanya. Beliau tinggal di rumah yang disewa sebanyak RM400 sebulan.

Wang hasil mengurut inilah yang digunakan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga akan tetapi dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlaku sekarang menyebabkan beliau hilang punca pendapatan. Disebabkan hilang pendapatan, pihak masjid di kawasan kediaman beliau turut membantu dengan memberi bahan makanan kering untuk kegunaan beliau sekeluarga.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 255 2687.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd.


TANJUNG MALIM, 20 April 2020 – Pn. Nurul Hidayah bt. Ismail, merupakan seorang ibu tunggal dengan 3 orang anak yang masih kecil. Seorang anak beliau telah bersekolah, manakala anak kedua beliau merupakan OKU (masalah pembelajaran). Beliau sedang berusaha untuk mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membolehkan anaknya bersekolah di sekolah pendidikan khas. Anak ketiga beliau belum bersekolah.

Sumber pendapatan beliau adalah dengan berniaga makanan secara ‘online’, akan tetapi dengan PKP yang berlaku sekarang, pendapatan beliau berkurangan hampir separuh. Selain itu, beliau perlu membayar sewa rumah sebanyak RM400 sebulan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 320 7821.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


TANJUNG MALIM, 20 April 2020 – En. Rosman b Ahmad bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang vendor Proton. Beliau tinggal menyewa di kawasan perumahan Proton City, Tanjung Malim dengan kadar sewa RM530 sebulan bersama isteri dan 5 orang anak. Empat (4) orang anak masih bersekolah.

Beliau kerap ke hutan pada masa lapang untuk mencari hasil hutan bagi menambah pendapatan. Beliau juga ada membela ikan keli di laman rumah bagi menampung keperluan keluarga. Sewaktu sumbangan disampaikan, beliau tiada di rumah dan sumbangan diterima oleh isteri beliau, Pn. Ainiyusnani Zaini.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016 627 1610.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


KUALA KUBU BHARU, 23 April 2020 – Shamsul Bahrin b Ibrahim kehilangan punca pendapatan apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Beliau yang biasanya berniaga kuih-muih di sekitar taman perumahan tidak dapat lagi melakukannya. Beliau hanya mengharapkan duit simpanan yang tidak seberapa untuk menampung perbelanjaan harian.

En. Shamsul tinggal menumpang di rumah ibu mertuanya bersama isteri, kakak ipar dan 6 orang anak yang semuanya masih bersekolah. Isteri beliau yang juga suri rumah membuat kuih muih untuk jualan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 271 4581.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


KUALA KUBU BHARU, 23 April 2020 – En. Wan Fareez b Wan Roslan terpaksa memikul peranan sebagai ketua keluarga apabila ayahnya membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama di sebuah sekolah pondok. Beliau yang masih bujang tinggal bersama seorang kakak yang juga belum berkahwin berserta 4 orang anak saudaranya yang merupakan mangsa penceraian kakak beliau yang lain.

Rumah yang didiami beliau sekarang adalah ehsan daripada saudaranya. Sewaktu kunjungan wakil YBK, beliau memaklumkan bahawa dalam waktu terdekat beliau perlu berpindah kerana rumah tersebut akan diambil semula oleh pemiliknya.

En. Fareez yang berniaga sate di sekitar Kuala Kubu Bharu sebagai punca pendapatan. Kakak beliau tidak bekerja dan hanya membantunya menyediakan perapan sate untuk jualan. Beliau tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak atau agensi.

Beliau boleh dihubungi di talian 019 375 6355.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Servecare Sdn. Bhd.


KUALA KUBU BHARU, 23 April 2020 – En. Zainal Abidin Ahmad tinggal bersama isteri dan 6 orang anak yang semuanya masih belajar lagi di Taman Ampang Pecah. Sumber pendapatan beliau sekeluarga datang daripada hasil pembuatan dan penjualan keropok lekor di sekitar kawasan Kuala Kubu Bharu.

Apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan, pendapatan beliau terjejas dan hanya mampu mengharap jiran-jiran untuk membeli. Isteri beliau, Pn. Salwani Ismail membantu membuat keropok lekor di rumah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 242 4369.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Servecare Sdn. Bhd.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;