21 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Serendah, Ulu Yam Baru dan Kuala Kubu Bharu, Selangor. Sumbangan disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah, Pengetua Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah, Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Timbalan Pengetua ASKA Serendah) dan dibantu oleh pegawai ASKA Serendah. Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


BKT SENTOSA, 20 April 2020 – Nur Wahida bt Mohammed, seorang ibu tunggal dengan tanggungan anak seramai 7 orang anak. 5 orang daripadanya masih bersekolah dan dua orang lagi masih kecil. Beliau bekerja sebagai jurujual di pasaraya.

Rumah yang didiami sekarang adalah rumah sewa dengan kadar bayaran sebanyak RM460 sebulan. Baki gaji selepas bayaran sewa dibuat belanja bagi 8 orang, tidak termasuk bil elektrik dan air. Buat masa ini segala perbelanjaan isi rumah adalah bergantung kepada pendapatan yang di terima. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 010 793 1408

Sumbangan SKR 2020 daripada Puan Sri Noorainee Bt Abdul Rahman telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK, Ustaz Syaiful Akmal Addanan.


SERENDAH, 20 April 2020 – Zubaidah bt Othman, seorang ibu tunggal yang tinggal menyewa bersama 12 orang anak. Menerima bantuan Zakat sebanyak RM850 dan separuh daripadanya diguna untuk membayar sewa rumah, dan bakinya untuk perbelanjaan bulanan. Sepuluh (10) orang anak beliau masih bersekolah. Beliau berniaga secara kecilan iaitu menjual kuih-muih dan ikan masin. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 852 7937.

Sumbangan SKR 2020 daripada Puan Sri Noorainee Bt Abdul Rahman telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK, Ustaz Syaiful Akmal Addanan.


SERENDAH, 20 April 2020 – Nurul Shahzamul Hidayah bt Mohd Sham adalah seorang ibu tunggal yang menyewa bersama 6 orang anak dengan sewa RM600 sebulan.Β Tiga daripada 6 orang anaknya telah bersekolah. Hampir dua bulan tidak berniaga disebabkan kekurangan modal, beliau merancang untuk berniaga menjual kuih dan makanan bergoreng sempena bulan Ramadan dari rumah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1111 8239.

Sumbangan SKR 2020 daripada Puan Sri Noorainee bt Abdul Rahman telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK, Ustaz Syaiful Akmal Bin Addanan.


SERENDAH, 20 April 2020 – Abdul Shamad bin Idris, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tinggal bersama 7 orang anak. 6 daripadanya masih bersekolah dan seorang telah bekerja.
Membuat kerja-kerja pertukangan jika ada dengan anggaran pendapatan bulanan sebanyak RM700. Perlu menanggung bayaran sewa rumah sebanyak RM450 sebulan. Dalam keadaan sekarang agak sukar bagi beliau untuk bergerak mencari pendapatan.

Sumbangan SKR 2020 daripada Puan Sri Noorainee bt Abdul Rahman telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK, Ustaz Syaiful Akmal Addanan.


SERENDAH, 20 April 2020 – Wati bt Ali Umar, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama 4 orang anaknya. Tiga daripadanya masih bersekolah. Mendiami rumah bekas suami, ibu tunggal ini tidak bekerja dan menanggung perbelanjaan menggunakan wang sumbangan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 6226 3132.

Sumbangan SKR 2020 daripada Puan Sri Noorainee Bt Abdul Rahman telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK, Ustaz Syaiful Akmal Bin Addanan.


Β 

KUALA KUBU BHARU, 21 April 2020 – En. Abdul Baari b Zakaria bekerja mengambil upah memotong rumput dari rumah ke rumah bagi menyara keluarga, manakala isterinya Pn. Wan Nurmariani bertugas sebagai jururawat masyarakat di Rumah Ihsan Kuala Kubu Bharu.

Pasangan ini bersama 6 orang anaknya tinggal menyewa di Rumah Murah Padang Golf KKB sejak Ogos 2019. Walaupun isteri adalah penjawat awam, komitmen kewangan yang tinggi menyebabkan keluarga ini terpaksa berkira-kira untuk berbelanja, tambahan pula anak-anak masih bersekolah. Salah seorang anak pasangan ini, Nur Ain Syafea (14 tahun) adalah pelajar Asrama Kasih YBK Serendah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 881 9942.

Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin Pemandu ASKA dan En. Rashid Warden ASKA.


FELDA SOEHARTO, 21 April 2020 – Pn. Sarimah bt Osman adalah seorang ibu tunggal selepas suaminya meninggal dunia 2 tahun yang lepas akibat kanser. Beliau menyara keluarga dengan mengambil upah menjahit namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tiada tempahan menjahit yang diterima oleh beliau.

Pn. Sarimah tinggal bersama 6 orang anaknya. Anak sulungnya telah berkahwin dan mengikut suami. Salah seorang anaknya, Noriswana Sadzale (13 tahun) adalah pelajar Asrama Kasih YBK Serendah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 677 5458.

Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin (Pemandu ASKA) dan En. Rashid (Warden ASKA).


ULU YAM BHARU, 21 April 2020 – En. Khairul Isham b Ismail mengalami sakit tulang belakang sejak 10 tahun yang lepas akibat kesan kerja-kerja berat yang dilakukan semasa bekerja di sebuah kilang pengeluaran kenderaan dan kini tidak bekerja. Beliau dicadangkan untuk melakukan pembedahan namun kos kewangan dan peratus kesembuhan yang kecil menyebabkan ia tidak dilaksanakan. Justeru, isteri beliau, Pn. Siti Norazia bt Mat Ali terpaksa menyara keluarga dengan menjual ais krim.

Pasangan ini bersama 3 orang anaknya tinggal di sebuah rumah yang memerlukan bayaran sebanyak RM270 sebulan. Dengan pendapatan yang tidak seberapa di samping perlu berbelanja untuk kos perubatan suami, tidak dinafikan keluarga ini sangat terkesan dalam aspek kewangan. Seorang anak pasangan ini, Nurul Ain Zulaikha adalah pelajar Asrama Kasih YBK Serendah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 321 6922.

Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin (Pemandu ASKA) dan En. Rashid (Warden ASKA).


ULU YAM BHARU, 21 April 2020 – Pn. Maizatul bt Aswad adalah seorang ibu tunggal kematian suami. Dahulunya beliau menyara keluarga dengan berniaga menjual nugget tetapi kini tidak lagi. Kadang kala beliau terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada kakaknya yang tinggal di Batang Kali.

Beliau bersama 3 orang anak dan seorang anak saudara tinggal di rumah yang disewa dengan kadar RM600 sebulan. Keluarga ini agak terkesan untuk mendapat punca pendapatan setiap bulan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 379 2496.

Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh YBhg. Datin Hartini Osman, Pengerusi SKR 2020 merangkap Pengerusi Asrama Kasih YBK (ASKA), turut mengiringi adalah Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi (Pengetua ASKA Serendah), bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin (Pemandu ASKA) dan En. Rashid (Warden ASKA).


KG. GESIR TENGAH, 21 April 2020 – En. Miswan Husain dahulunya bekerja sebagai pemungut sisa pepejal bersama sebuah syarikat namun kontrak perkhidmatannya telah pun tamat pada akhir bulan Mac. Kini beliau tidak bekerja, ditambah lagi dengan keadaan tulang kaki beliau yang bengkok akibat cedera semasa bertugas. En. Miswan bersama isteri, Pn. Siti Ruslina terpaksa berjimat cermat dan menggunakan wang simpanan yang ada untuk menanggung keluarga.

Pasangan ini bersama 5 orang anaknya tinggal menyewa di sebuah rumah dengan kadar RM150 sebulan. Salah seorang anak pasangan ini, Mohd Arif b Miswan (13 tahun) adalah pelajar Asrama Kasih YBK Serendah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 561 9176.

Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin (Pemandu ASKA) dan En. Rashid Warden ASKA.


GEDANGSA, 21 April 2020 – En. Mat Noor Raji menyara isteri, Pn. Rusnah bt Abd Rahman dan anak-anaknya seramai 4 orang dengan menoreh getah. Hasil torehan yang diterima beliau adalah sangat tidak menentu dan memaksa isterinya untuk meminjam wang daripada jiran dan kenalan bagi menampung perbelanjaan keluarga. Untuk meringan beban suami, Pn. Rusnah juga mencari pendapatan sebagai pembantu rumah harian.

Kesulitan kewangan yang dihadapi keluarga ini sangat membimbangkan sehingga kadang-kala bekalan elektrik dan air rumah mereka dipotong akibat tunggakan bayaran. Dengan PKP yang sedang berkuat kuasa, keluarga ini terpaksa makan apa yang ada untuk mengalas perut. Salah seorang anak keluarga ini, Norrus Zulaikha Damia, adalah alumni Asrama Kasih YBK (SPM 2019).

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 436 6126.

Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin (Pemandu ASKA) dan En. Rashid (Warden ASKA).


SERENDAH, 27 April 2020 – Puan Siti Sholehah binti Mat Isa seorang ibu tunggal yang membesarkan 5 orang anak-anaknya yang masih kecil. Beliau berpisah dengan suami pada Februari 2020 dan sejak daripada itu, beliau menanggung keluarganya dengan cara berniaga air batu campur (ABC) kecil-kecilan di bahu jalan.

Tinggal di rumah yang mempunyai tunggakan bekalan elektrik, pernah beliau bergelap di rumah akibat bekalan dipotong sehingga perlu membuat rayuan kepada TNB. Anak sulung beliau berusia 11 tahun dan yang paling bongsu berusia 2 tahun 7 bulan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 6238 7914.

Sumbangan SKR 2020 adalah daripada syarikat Servecare Sdn. Bhd. dan Ybhg. Dato Sri Fathil bin Wahab telah disampaikan oleh Puan Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah, bersama kakitangan En. Amiruddin (Pemandu ASKA).


SERENDAH, 27 April 2020 – Puan Lena Marleni binti Meik Aji adalah seorang ibu tunggal di mana suaminya meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Pn. Lena membesarkan 4 orang anaknya sendiri. Walaupun anak-anaknya berstatus anak yatim tetapi anak-anaknya maju di dalam pelajaran.

Beliau tidak bekerja tetap kerana beliau hanya mendapat kad penduduk tetap kerana berkahwin dengan suaminya yang merupakan rakyat Malaysia. Beliau hanya menjual nasi lemak di hadapan rumahnya untuk menampung perbelanjaan membesarkan anak-anaknya.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 213 7560.

Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari syarikat Servecare Sdn. Bhd. dan Ybhg. Dato Sri Fathil bin Wahab telah disampaikan oleh Puan Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah, bersama kakitangan En. Amiruddin (Pemandu ASKA).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;