LEMBAH SUBANG, 18 Mei 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama-sama Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Relawan Majlis Belia Malaysia dan Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor telah melaksanakan Program Agihan Bakul Makanan kepada golongan memerlukan di PPR Lembah Subang 1.

Program ini telah menerima kehadiran tetamu kehormat iaitu YB Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusof, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau telah meluangkan masa bersama para sukarelawan untuk mengagihkan bakul makanan kepada penerima yang terdiri daripada penduduk PPR Lembah Subang 1.

Agihan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepertimana yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia di mana penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu badan telah dilaksanakan. Hadirin yang hadir juga diperlukan memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga dan disanitasi.

Turut bersama, YBrs. Dr. Zaitol Salleh (Pengarah JKM Selangor), Tn. Mohammad Hanafi Hj. Maulud (Mantan Pengarah JKM Selangor), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), En. Mohd Fauzan Abdul Sukor (CEO Muslim Volunteer Malaysia), En. Faiz Suhaimi (Relawan MBM), Pn. Misha Romli (Sukarelawan JKM Selangor), dan pegawai YBK serta sukarelawan daripada MVM, MBM dan JKM.

Sebanyak 400 buah bakul makanan, minuman dan juga naskhah Al-Quran telah diedarkan kepada penerima. Bakul makanan ini adalah tajaan daripada MVM dan minuman kotak daripada Dutch Lady Malaysia.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;