SERENDAH, 4 Julai 2020 - Pagi ini YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Haji Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama YBhg. Datin Dr. Hjh Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) telah hadir ke Surau Kampung Orang Asli Ulu Melaka (KOAUM) bagi menyampaikan sumbangan bakul makanan berupa pek makanan asas dalam program Jejak Dakwah Asnaf Kampung Orang Asli Ulu Melaka dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan, NGO Alirkan Harta Tanpa Henti, dan Surau Insaniyah, Bukit Angkasa Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama ialah En. Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah). Seramai 80 orang penduduk KOAUM telah dikenal pasti sebagai penerima yang layak. Turut bersama adalah Tok Batin KOAUM dan wakil-wakil NGO. Majlis dijalankan mengikut SOP keselamatan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan selesai sepenuhnya sekitar jam 10:30 pagi.

Laporan disediakan oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan @ Bahagian Media Asrama Kasih YBK Serendah.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;