KUALA SELANGOR, 18 Ogos 2020 - Motivasi Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kini kembali dengan sesi secara santai di Pusat Latihan YBK Kuala Selangor (PLYBK) pada hari ini.

Sesi melibatkan pelatih yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada bulan September. En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih merangkap ALPA YBK telah mengendalikan sesi dan dibantu oleh saudara Audi Faliq Ibrahim.

Pelatih telah diperkenalkan dengan konsep Semangat Mendaki YBK secara teori dan amali melalui beberapa 'pattern' daripada NLP dan ESQ. Sesi selama 3 jam berlangsung secara santai dan pelatih telah memberikan kerjasama yang amat baik.

Sesuai dengan norma baharu, sesi diadakan dalam keadaan pematuhan S.O.P. dengan penjarakan fizikal antara pelatih dan interaksi terkawal dipatuhi.

Terima kasih kepada pengurusan PLYBK dan sesi seumpamanya akan tetap diteruskan di masa-masa akan datang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;