LEMBAH SUBANG, 29 Ogos 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menyerahkan sumbangan 'Mamee Care Packs' sumbangan daripada syarikat Mamee-DoubleDecker (M) Sdn. Bhd. kepada 150 orang peserta yang menyertai Program 'Pure Heart' di PPR Lembah Subang.

Sumbangan disampaikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan dan dibantu oleh pegawai dan sukarelawan yang hadir.

Syarikat Mamee melalui kempen 'Sama-Sama' telah menyumbangkan 2 juta pek 'Mamee Care Packs' kepada rakyat Malaysia yang memerlukan untuk meringankan beban dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP-P) di samping sebagai tanda ucapan 'Terima Kasih Malaysia' yang telah menyokong mereka sejak 50 tahun yang lepas.

Untuk tujuan ini, Mamee telah bekerjasama dengan beberapa agensi serta NGO dan Yayasan Basmi Kemiskinan merupakan salah satu NGO yang menjadi rakan strategik untuk menyampaikan sumbangan ini kepada kumpulan sasar yang memerlukan.

Terima kasih kepada Mamee atas sumbangan ini yang telah membawa keceriaan dan kegembiraan di wajah mereka yang menerima.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;