- Hit: 716
GESIR, 21 November 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah melaksanakan Program Sumbangan YBK Prihatin di Kampung Gesir, Kampung Lalang dan Kampung Gesir Ulu. Dalam program ini, seramai 201 buah keluarga asnaf yang kurang berkemampuan, B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) telah disantuni.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom meluangkan masa menyerahkan sumbangan kepada penerima. Hadir bersama, Datin Dr. Hjh. Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Azura Razak (wakil penduduk), serta para karyawan dan sukarelawan YBK.
Program YBK Prihatin ini adalah hasil kerjasama dengan Yayasan Bina Kesejahteraan, Yayasan Food Bank Malaysia, dan Massimo.