LEMBAH SUBANG, 5 Disember 2020 - Telah berlangsung Program Pure Heart Siri 6 Sesi ke-4 di PPR Lembah Subang hari ini. Ini merupakan kesinambungan daripada sesi sebelumnya yang berlangsung pada akhir September lepas.

Sesi ini merupakan yang terakhir untuk Program ini, dan memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuatkuasa, pengisian sesi hanya melibatkan penyerahan barangan keperluan kepada peserta dengan pematuhan SOP sepenuhnya serta pemantauan oleh anggota RELA.

Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan, Datin Dr. Hjh. Hartini Osman telah meluangkan masa bersama-sama menyerahkan barangan keperluan kepada para peserta seramai 130 orang dengan dibantu oleh Sukarelawan JKM PPR Lembah Subang. Turut hadir, Encik Mohd Fauzan Abdul Sukor (Ketua Pegawai Eksekutif Muslim Volunteer Malaysia), Encik Mohd Faiz Shuhaimi (EXCO Majlis Belia Malaysia), dan para pegawai serta sukarelawan Yayasan Basmi Kemiskinan, YBCare, dan MVM.

Program berjalan sempurna dan selesai sepenuhnya pada jam 1 petang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;