PUTRAJAYA, 14 Disember 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjung hormat ke Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) di Menara KBS, hari ini.
 
Delegasi YBK diketuai oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK, dan turut bersama, Pn. Norleza Hambali (Pengurus Pendidikan), En. Nasrul Ali Hasan Bin Abdul Latif (Pengurus Inovasi & Keusahawanan Sosial) serta En. Audi Faliq Ibrahim dan En. Muhammad Afiq (Media & Perhubungan Awam).
 
Tuan Mohd Hazan Dahari, Pengarah AKBG telah memberikan taklimat berkenaan fungsi AKBG yang merupakan sebuah akademi yang melatih kemahiran untuk kerjaya berkaitan sukan golf. Ini disusuli dengan perbincangan kedua-dua pihak berkenaan potensi kerjasama jangka pendek dan panjang yang boleh dilaksanakan.
 
YBK dan AKBG bersetuju untuk melaksanakan perbincangan dan kajian susulan berkenaan program yang boleh dilaksanakan untuk manfaat kumpulan sasar, khususnya pelajar outlet YBK dalam bidang kerjaya golf seperti 'Caddie Service' dan 'Golf & Sport Operations'.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;