KELANA JAYA, 16 Februari 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan perbincangan bersama NGO My Fund Action berkenaan kerjasama untuk melaksanakan 'Program Kotak Rezeki' dan hasrat memeterai perjanjian persefahaman (MoU). Perbincangan berlangsung di Ibu Pejabat YBK dengan pematuhan S.O.P. COVID-19 yang ketat.

Pihak My Fund Action diketuai oleh Pn. Siti Aisyah Shahid selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) bersama 2 orang pegawai, manakala YBK diketuai oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan turut disertai oleh En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (Pengurus Inovasi & Keusahawan Sosial).

My Fund Action telah bersetuju untuk bekerjasama dengan YBK dan memperuntukkan 2,000 buah 'Kotak Rezeki' untuk diagihkan kepada PPR yang dicadangkan oleh YBK. Perincian gerak kerja akan dilakukan di peringkat pengurusan masing-masing.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;