- Hit: 453
SERENDAH/GESIR, 11 Mac 2021 - Hari ini para pegawai daripada Pejabat Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II serta Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat telah mengadakan lawatan kerja untuk melihat potensi tanah untuk projek pertanian di bawah seliaan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Delegasi pegawai Pejabat Timbalan Menteri Pertanian II telah diketuai oleh Dr. Mukhtar Musa (Pegawai Tugas-Tugas Khas) manakala Pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita diketuai oleh Tuan Suhail Bin Mohamed Kamaruddin (Pegawai Tugas-Tugas Khas).
Lawatan dimulakan di Asrama Kasih YBK Serendah di mana delegasi dibawa melihat tapak projek semaian cili fertigasi. Seterusnya bergerak ke Bukit Tasik Serendah bagi melihat Ladang Keledek Anggun yang diusahakan bersama oleh Koperasi Kasih YBK. YBhg. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman telah memberikan taklimat ringkas berkenaan projek pertanian di Bukit Tasik Serendah.
Turut bersama, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Pn. Laynil Hakih Sulhan (Pegawai Pertanian Hulu Selangor), para pegawai Jabatan Pertanian, dan karyawan YBK serta Koperasi Kasih YBK.
Seterusnya delegasi bergerak di Kampung Gesir Tengah untuk melihat Projek Ladang Cili Gesir, Ladang Nenas, Tapak Ternakan Ayam Gesir dan cadangan tapak projek pertanian di YBK Global Camp. YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK telah memberikan taklimat dan juga cadangan potensi kerjasama inovasi pertanian yang boleh dilaksanakan bersama Kementerian Pertanian dan Kementerian Pembangunan Wanita.
Lawatan kerja selesai sepenuhnya pada jam 2:00 petang.