- Hit: 451
SAUJANA UTAMA, 13 Mac 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama PUKATcare mengadakan Program Kongsi Rezeki di mana 200 orang asnaf dan keluarga miskin telah disantuni dengan pemberian barang makanan harian serta ikan segar.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom bersama-sama Tuan Azmi Mat Ali, Pengarah PUKATcare telah menyerahkan barangan sumbangan kepada asnaf yang hadir. Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan.