- Hit: 528
KUALA LUMPUR, 13 Mac 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama-sama MyFundAction dan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA) telah melaksanakan Program Penyerahan 'Kotak Rezeki' di empat (4) kawasan PPR iaitu PPR Batu Muda, Pangsapuri PKNS Kampung Baru KL, PPR Laksamana, dan PPR Semarak.
Agihan hari ini melibatkan sebanyak 550 buah Kotak Rezeki sumbangan daripada MyFundAction. Program hari ini juga turut melibatkan karyawan YBK, pegawai dan sukarelawan MyFundAction, serta sukarelawan BAWA di semua lokasi.
YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan telah meluangkan masa memantau dan melaksanakan sumbangan di PPR Laksamana.