- Hit: 478
TAMAN MEDAN, 14 Mac 2021 - Hari ini telah berlangsung Program Sumbangan Kotak Rezeki anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama MyFundAction serta Yayasan Bina Kesejahteraan di Pangsapuri Kos Rendah Taman Medan Cahaya. Sebanyak 200 buah Kotak Rezeki tajaan MyFundAction telah diedarkan kepada penerima terpilih yang terdiri daripada asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan. Program di sini adalah salah satu daripada 8 lokasi terpilih untuk menerima Kotak Rezeki.
YBhg. Dato' Hj Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan YBhg. Datin Dr. Hjh Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare telah meluangkan masa hadir dan turut serta menyerahkan Kotak Rezeki kepada para penerima. Turut hadir, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), En. Ahmad Solihin Azalan (Pegawai MyFundAction), wakil Persatuan Penduduk, dan para karyawan dan sukarelawan
Para penerima ini telah di temuduga untuk mendapatkan latar belakang keluarga dan pihak YBK serta MyFundAction akan memantau penerima ini untuk tindakan susulan yang sesuai.