SERENDAH, 29 Mac 2021 - Sebagai melahirkan rasa kesyukuran atas limpah kurnia-Nya, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yaasin sempena Ulang Tahun penubuhannya yang ke-31 di Asrama Kasih YBK Serendah.

Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Pengasas YBK. Turut bersama, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), En. Zulhairy Jalaluddin, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub dan Dr. Abdul Fattah (ALPA YBK), Dato' Dr. Haji Mat Yasir Ikhsan (Mantan ALPA), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), jemaah penasihat ASKA, para karyawan, sukarelawan, mantan karyawan serta rakan-rakan strategik YBK.

Hadirin telah berkumpul di surau bagi acara bacaan Yaasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Imran Nasoha. Usai bacaan dan doa, hadirin telah mendengar ucapan dan amanat daripada Tan Sri Pengasas dan Dato' Pengerusi YBK.

Dato' Pengerusi YBK dalam ucapannya mengimbau kembali sejarah penubuhan YBK serta cabaran yang dihadapi, manakala Tan Sri Pengasas menekankan keperluan para karyawan untuk mempunyai dan menyalakan sifat 'emphaty' dalam diri bagi menyumbang kepada masyarakat.

Majlis diteruskan di Dewan Utama di mana tetamu kehormat telah dijemput untuk memotong kek sambil menyanyikan lagu istimewa 'Sanah Helwah' ciptaan Dato' Pengerusi YBK. Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan sesi fotografi.

Sepanjang majlis bermula sehingga berakhir, urusetia telah memastikan agar SOP penganjuran majlis semasa PKPB dipatuhi oleh semua yang hadir.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;