- Hit: 479
KELANA JAYA, 21 April 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini sangat berbesar hati kerana menerima sumbangan Baucar Pakaian bernilai RM5,000 sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn. Bhd.
Sumbangan telah disampaikan oleh Dato' Amilludin Hj Latip, Pengarah Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn. Bhd. merangkap Presiden Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA) kepada Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz.
Turut bersama semasa penyampaian adalah Pn. Norleza Hambali (Pengurus Pendidikan YBK) dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir).