- Hit: 531
GESIR, 29 April 2021 - Majlis Iftar Ramadhan Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir) telah diadakan hari ini yang merupakan hari ke-17 Ramadhan merangkap tarikh Nuzul Al-Quran.
Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah hadir pada majlis ini. Turut hadir, En. Zulhairy Jalaluddin dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); Datin Saripah Ahmad; Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan); En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); Ahli Penasihat ASKA Gesir; karyawan YBK, anak-anak ASKA Gesir, dan jemputan-jemputan khas.
Pematuhan S.O.P. adalah diwajibkan dan urus setia majlis telah memastikan para hadirin memakai pelitup muka, mengimbas MySejahtera serta menjaga penjarakan fizikal sepanjang majlis berlangsung.
Majlis bermula pada jam 6:30 petang dengan bacaan Yaasin dan doa. Ini disusuli dengan tazkirah ringkas daripada Dato' Pengerusi sebelum azan Maghrib. Hadirin berbuka dengan hidangan ringkas sebelum sama-sama bersolat Maghrib berjemaah dan bergerak ke khemah utama untuk makan malam.
Majlis diakhiri dengan solat Isyak, Tarawih dan Witir berjemaah, serta jamuan moreh. Anak-anak ASKA Gesir juga telah menerima sumbangan daripada dermawan yang telah disampaikan oleh Datin Dr. Hajah Hartini Osman.