TANJUNG MALIMΒ & RAWANG, 2 Mei 2021 - Pelajar Asrama Kasih YBK Gesir amat bertuah kerana telah menerima baju dan kasut baru sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Ikuti laporan penuh yang disediakan oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan, Pengetua ASKA Gesir;

- - - - - - -

PAKAIAN BARU

Seramai 31 orang murid Asrama Kasih Gesir telah dibawa ke Pusat Pakaian Hari - Hari di Tanjung Malim bagi membeli set lengkap pakaian hari raya menggunakan baucar yang diterima dengan anggaran RM 150.00 seorang. Keseronokan terukir melalui senyuman dibibir serta rasa syukur kepada Ilahi dan berterima kasih kepada Pemberi. Pembelian baju raya ini di sertai Pengurus Besar YBK, En Sherhan Nizam Bin Abdul Aziz.

KASUT RAYA BARU

Usai pembelian baju raya, anak - anak dibawa ke AEON Rawang. Menanti mereka disana "Ibunda" Ybhg Datin Hjh Hartini Osman. Anak - anak dibawa ke outlet Bata dan diberi peluang memilih kasut kesukaan mereka. Cukup lengkap keperluan mereka untuk berhari raya pada tahun ini. Karyawan dan Sukarelawan yang hadir turut membantu mempermudahkan urusan anak - anak memilih kasut. Alhamdulillah semua anak - anak mendapat seperti yang dihajati.

KEGEMBIRAAN BERBUKA

Lengkap pada hari ini apabila Ybhg Dato Pengerusi turut hadir berbuka bersama anak - anak di Restoran makanan Kenny Rogers. Bukan selalu merasa, anak - anak ini benar menikmati hidangan disediakan. Syukur dan gembira. Hanya itu kata - kata yang keluar dari anak - anak ini.

Selesai aktiviti lebih kurang jam 8:30 malam dengan anak - anak berangkat pulang semula ke asrama.

Kami warga ASKA Gesir berdoa agar Allah merahmati semua yang terlibat di dalam aktiviti pada hari ini, dikurniakan umur panjang yang bermanfaat, kesihatan tubuh yang baik dan rezeki yang berkat dan bertambah. Amin.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;