SERENDAH, 1 Mei 2021 - Hari ini telah berlangsung Majlis Iftar bersama Team Bikers Kelab Sedulur Mutu Gedhi dan DSP Dr. Hjh. Mazlina di Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah. Majlis telah dihadiri oleh 70 orang bikers daripada 7 buah kelab iaitu Kelab Sedulur Mutu Gedhi, Retromania, RS150R, Selangor Region, Family RS 150 R, Jentarr dan JKBC.

En. Rusli, Presiden Kelab Bikers Sedulur telah menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 untuk tujuan dana tuisyen Asrama Kasih YBK kepada YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir dalam majlis ini adalahYBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan) dan En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

Selain itu, restoran makanan segera McDonald cawangan Rawang telah menyumbangkan 250 set burger McChicken, air minuman 'Tropicana' dan 'pie' kepada anak-anak ASKA Serendah dan para tetamu yang hadir. Anak-anak ASKA Serendah juga teruja kerana mendapat 'duit raya' daripada Kelab bikers.

DSP Dr. Hajah Mazlina telah menyumbangkan 8 buah hamper untuk diberikan kepada 5 orang anak-anak ASKA Serendah yang berjaya menghafal Surah As-Sajadah dan kepada 3 orang anak-anak yang telah menghafal 10 hingga 20 surah pilihan.

Majlis selesai pada jam 8.30 malam.

- - - - - - -
Laporan disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK Serendah dan telah disunting semula oleh Jabatan Media & Perhubungan Awam YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;