TAMAN MEDAN CAHAYA, 19 Jun 2021 - Prihatin dengan nasib keluarga yang terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama-sama dengan MyFundAction telah melaksanakan sumbangan Kotak Rezeki Umat (COVID-19 Emergency Appeal Project) kepada 500 keluarga meliputi 8 lokasi yang dikenal pasti.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan Datin Dr Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare) telah bersama-sama dalam sesi serahan di Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya. Di sini, seramai 64 keluarga yang terkesan telah dikenal pasti oleh Jawatankuasa Penduduk untuk menerima Kotak Rezeki Umat.

Turut hadir bersama, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), En. Muhammad Azri Abdul Jalil (Pengarah Projek MyFundAction), Tuan Hashim Anang (Pengurus Korporat Sinar Karangkraf merangkap wakil media), wakil-wakil media, pegawai YBK dan MyFundAction, serta sukarelawan jawatankuasa penduduk.

Pematuhan S.O.P. yang sangat ketat dengan pemakaian penuh sut P.P.E. , pelitup dan pelindung muka serta sarung tangan ketika serahan. Setiap yang hadir juga diwajibkan memeriksa suhu badan dan segera bergerak pulang selepas menerima barangan.

Edaran Kotak Rezeki Umat ini melibatkan 8 lokasi terpilih yang dikenal pasti dan para pegawai YBK, MyFundAction dan wakil lokaliti berganding bahu dalam memastikan agihan berjalan dengan lancar.

Pengerusi YBK memuji inisiatif yang digerakkan oleh YBK dan MyFundAction serta turut menyeru organisasi tempatan, persatuan penduduk serta pihak bertanggungjawab untuk membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan PKP. Beliau juga mengalu-alukan mereka yang terkesan untuk menghubungi YBK melalui talian WhatsApp 011 5645 7832 untuk diusahakan agar boleh dibantu seadanya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;