KELANA JAYA, 30 Julai 2021 - Telah berlangsung penyerahan simbolik 250 buah Kotak 'Infaq Rezeki' sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) oleh Pengerusinya, Dato' Nadzim Johan kepada Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Dato' Zainal Abidin Sakom di Rumah YBK.

Turut menyaksikan adalah Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK); Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), pegawai-pegawai PPIM dan YBK. Penyerahan ini susulan daripada perbincangan awal di antara YBK dan PPIM yang bersetuju untuk berkolaborasi dalam sumbangan kepada mereka yang terkesan.

Kotak Infaq Rezeki sumbangan PPIM ini akan digunakan dalam program-program sumbangan kepada mereka yang memerlukan, khususnya kepada keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;