- Hit: 312
SERENDAH, 25 Mac 2022 - Asrama Kasih YBK Serendah hari ini sangat berbesar hati atas penerimaan sumbangan berupa 110 buah tilam untuk kegunaan pelajar.
Sumbangan adalah daripada Dato' Tee Lian Eng (Managing Partner, Tee & Teoh Advocates & Solicitors) dan Saudara Alex Ng Jun Fai (Presiden Youth Malaysians Movement) dan telah diterima oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Puan Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah).