DENGKIL/SEPANG/BANTING, 7 April 2022 – Serahan sumbangan wang tunai daripada Dato’ Zainuddin bin Mohd Radzi menerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2022 telah disampaikan oleh En. Mohd Rasidi Sapiai, karyawan YBK kepada 3 penerima di sekitar Dengkil dan Sepang. Penerima sumbangan ini juga telah menerima Kotak Infaq Rezeki hasil daripada jalinan kerjasama di antara YBK dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dalam Program Sinar Kasih Ramadhan kali ini.
 
Penerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2022 ini adalah seperti berikut:
 
1. NOORAINI BINTI TAIB - Pn Noraini bt Taib merupakan seorang ibu tunggal yang menjaga 4 orang anak. Beliau mempunyai komplikasi pelbagai penyakit dan salah satunya ialah angin pasang, dan beliau masih dlm rawatan di Hospital Putrajaya.
 
2. RATNA DEWI BINTI BUDI – Penerima merupakan seorang ibu tunggal. Beliau mengambil upah menjaga anak-anak jiran bagi menampung perbelanjaan membesarkan 4 orang anaknya. Pendapatan beliau adalah sebanyak RM800.00 sebulan.
 
3. UMMU KHANNA BINTI OSMAN - Penerima merupakan seorang ibu tunggal yang telah lama menetap di Bukit Canggang. Suami beliau meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Beliau mempunyai anak seramai 5 orang di mana 2 di universiti dan 3 masih di sekolah menengah dan rendah. Pn. Ummi Khanna menyara keluarganya dengan menjual kuih muih dan melakukan kerja kampung. Beliau menerima bantuan daripada Lembaga Zakat sebanyak RM500 sebulan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;