- Hit: 328
SELAYANG, 15 April 2022 - Karyawan YBK, En. Asuad Ismail telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2022 kepada 5 orang penerima. Sumbangan tunai adalah daripada Mr. Sulaiman Vernon manakala Kotak Infak Rezeki adalah sumbangan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Penerima-penerima adalah terdiri daripada penduduk di sekitar Selayang seperti berikut:
1. Ramizah binti Osman – Merupakan seorang surirumah dan suaminya bekerja kampung. Mereka mempunyai 7 orang anak di mana anak sulungnya masih menuntut di sebuah kolej mankala yang lain masih di bangku sekolah. Penerima merupakan seorang pengidap kencing manis.
2. Noorasmawati M Jalil – Suami isteri ini bekerja membuat kuih muih di rumah sewaan mereka dan menghantarnya ke kedai=kedai berdekatan. Mereka mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah menengah dan rendah. Anggaran pendapatan keluarga ini adalah sebanyak RM1000 sebulan. Pn. Noorasmawati mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit mata.
3. Mustamam bin Harun & Norkhairi Farhana Zamali – Penerima baru sahaja bekerja sambilan sebagai tukang potong ramput di kedai milik rakannya setelah diberkentikan kerja di sebuah kilang kerana kegawatan ekonomi. Isteri penerima tidak bekerja kerana mengidap paru-paru rosak sebelah kiri kerana tibi, kencing manis dan hati. Mereka mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah.
4. Norhayati Kitli & Anuar Ayub – Keluarga ini tinggal di rumah pusaka. Suami bekerja kampung manakala isteri bekerja sebagai pembantu kedai. Pendapatan keluarga ini sekitar RM700. Mereka memiliki 4 orang anak yang masih bersekolah.
5. Siti Atikah Kamarudin – Merupakan seorang ibu tunggal dengan 4 anak yang masih bersekolah. Penerima bekerja sebagai pemandu van sekolah dengan gaji RM500 sebulan. Beliau juga menerima pencen SOCSO peninggalan arwah suaminya sebanyak RM1000 sebulan bagi menampung perbelanjaan keluarga.