- Hit: 311
KELANA JAYA, 15 Jun 2022 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah dijemput dalam sesi perkongsian 'Ngopi Podcast' anjuran Centre of Management, Institut Pertanian Bogor (IPB University) Indonesia yang diadakan secara tele-sidang.
Sesi selama satu jam telah dimanfaatkan Pengurus Besar dengan perkongsian berkenaan latar belakang dan program-program YBK, di samping mengalu-alukan kerjasama strategik dengan sahabat-sahabat dari Indonesia.