- Hit: 282
PETALING JAYA, 16 Jun 2022 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah hadir ke Majlis Pelancaran Aplikasi 'YAKIN' oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya pagi ini.
Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Turut bersama, YBhg. Datoβ Nadzim Johan, Presiden PPIM.Β Dalam majlis ini juga, YBK telah menerima pengiktirafan sebagai rakan strategik PPIM dan menerima plak penghargaan yang disampaikan oleh YB Menteri kepada Pengerusi YBK.
Aplikasi telefon pintar 'YAKIN' ini menawarkan kepelbagaian fungsi gaya hidup muslim, di samping sebagai platform setempat untuk memperoleh info perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM.