- Hit: 317
KELANA JAYA, 21 Jun 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah mengadakan kunjung hormat serta perbincangan bersama syarikat NXP Semiconductors bertempat di kilang operasinya di Kelana Jaya.
Lawatan ini adalah atas jemputan NXP bagi memperkenalkan peluang pekerjaan di syarikat ini, khususnya kepada kumpulan sasar YBK.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom turut serta dalam kunjung hormat ini. Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta wakil daripada Sukarelawan JKM Lembah Subang, Pn. Misha Romli dan wakil BAKA.
YBK telah disambut oleh En. Wan Muhamad Razi Wan Ibrahim, Pengarah Sumber Manusia, NXP Malaysia Sdn. Bhd. dan pegawai. Beliau telah memberikan taklimat berkenaan NXP Malaysia serta dibawa melihat kemudahan-kemudahan di kilang operasi.
Dalam sesi perbincangan, YBK dan NXP telah mencapai kata sepakat untuk merancang siri jelajah di beberapa lokasi terpilih bagi menghebahkan peluang pekerjaan di sini bagi menarik rakyat tempatan khususnya kumpulan sasar YBK, seiring dengan agenda pembasmian kemiskinan dan membina kesejahteraan.
Pengerusi YBK juga melahirkan penghargaan dan berharap agar kerjasama ini diperkukuhkan lagi dengan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat, seterusnya menjadi nilai tambah kepada YBK dan NXP.
NXP Semiconductor adalah syarikat pengeluar semikonduktor terkenal dengan pengalaman lebih 60 tahun serta beroperasi di lebih 30 buah negara.