- Hit: 287
SERENDAH, 25 Jun 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan melalui Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA) dengan kerjasama Universiti Malaya STEM Center, National STEM Association dan Myflowlab Education telah memberi peluang kepada 95 orang pelajar ASKA mengikuti Program STEM ROBOTIC selama 4 hari iaitu pada 25 & 26 Jun serta 2 & 23 Julai 2022.
Objektif program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan bidang STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) khususnya robotik, serta membina budaya inovatif dan kritis. Program ini juga secara tidak langsung memupuk semangat saling bekerjasama melalui tugasan praktikal dalam kumpulan yang diberikan.
Pelajar dibahagikan kepada 16 kumpulan dan dibimbing oleh 7 orang fasilitator daripada UM STEM Center. Program diselia oleh Ir. Dr. Mas Sahidayana bt Mokhtar, UM Expert dan dibantu oleh Cik Wan Syamimi bt Wan Kamarul Zaman.