- Hit: 282
RAWANG, 20 Ogos 2022 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel Forum Perdana bertajuk 'Iktibar Dalam Menghayati Penghijrahan Kemerdekaan'.
Forum yang diadakan sempena Karnival Muharram & Sambutan Merdeka anjuran GISB HOLDINGS SDN BHD turut menampilkan barisan panel iaitu Dato' Lokman Hakim Pfordten (Ketua Pegawai Eksekutif GISBH Sdn. Bhd.) dan Tuan Harun Taat (Ahli Panel Syariah GISBH Sdn. Bhd.). Tuan Haji Johari Morad (Pengurus Perhubungan Awam GISBH Sdn. Bhd.) bertindak selaku moderator.
Turut hadir mengikuti sesi forum adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK) dan En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).
Sesi turut dipancarkan secara langsung melalui FB Live dan boleh ditonton diΒ sini.