KUALA LUMPUR, 9 Mac 2023 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom pagi ini telah bersiaran di radio SELANGORfm 100.9 dalam sesi wawancara yang bertajuk 'Top-Up Saham Akhirat'.

Beliau yang diwawancara oleh juruhebah Puan Nor Azarida (DJ Ida) telah berkongsi berkenaan program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) YBK dan kelebihan bersedekah di bulan Ramadhan.

Turut hadir daripada SELANGOR fm dari awal sehingga selesai sesi ialah Puan Noorasikin Salleh (Penerbit Rancangan) dan Encik Mohd Fairuz Hiras.
Daripada YBK ialah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran & Sumber Manusia YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran & Pendidikan merangkap Koordinator Program SKR), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam), dan Cik Shafiqah Sunazman (Pegawai Perhubungan Awam YBK).

Selain disiarkan di radio, sesi wawancara juga dipancarkan melalui FB Live SELANGOR fm dan boleh ditonton di pautan ini -

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;