HULU LANGAT, 28 Mac 2023 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2023 daripada YBhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib, YBhg. Dato' Ahmad Fuad dan Hamba Allah, telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK) serta diiringi oleh Pn. Zulinda Haron (GPK Ko-Kurikulum SK Dusun Tua), Pn. Ruhaizan Yatim (GPK Pendidikan Khas SK Dusun Tua) kepada 4 buah keluarga di daerah Hulu Langat.

Penerima sumbangan adalah seperti berikut;


HULU LANGAT, 28 Mac 2023 - En. Mohd Izwan bekerja sebagai pemandu gudang (warehouse driver), manakala isteri beliau Pn. Siti Atikah Azis difahamkan baru mendapat pekerjaan sebagai ejen servis syarikat penapis air.

Pasangan ini tinggal menumpang di rumah ibu kepada Pn. Siti Atikah iaitu Pn. Laily Abdul Manap yang menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Keluarga ini tidak memperoleh sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kecuali bantuan OKU daripada JKM.

Tanggungan En. Mohd Izwan adalah seramai 5 orang, iaitu Pn. Laily (mak), isteri, dan tiga orang anak mereka. Anak sulung mereka merupakan OKU masalah pembelajaran dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada YBhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan kepada Pn. Laily selaku wakil keluarga ini. Turut bersama ialah Pn. Zulinda Haron (GPK Ko-Kurikulum SK Dusun Tua), Pn. Ruhaizan Yatim (GPK Pendidikan Khas SK Dusun Tua) dan Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat.


HULU LANGAT, 28 Mac 2023 - Kami ke kediaman En. Halim bin Bunut yang terletak di Kampung Orang Asli Sungai Congkak.

En. Halim menyara keluarganya dengan bekerja mengutip hasil-hasil hutan untuk jualan dan kerja-kerja kampung yang lain dengan pendapatan sekitar RM 500 sebulan. Ketika kami sampai, beliau sedang menyusun daun pisang dan difahamkan mendapat permintaan menggalakkan ketika bulan Ramadan.

Isteri beliau, Pn. Selimah tidak bekerja dan menghidap sakit darah tinggi. Pasangan ini tinggal di kediaman yang dibina oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar - KPLB dan dalam rumah beliau terdapat 6 ahli keluarga yang lain termasuk anak-anak mereka. Salah seorang anak mereka merupakan OKU masalah pembelajaran da berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada YBhg. Dato' Ahmad Fuad dan telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz , Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan . Turut bersama ialah Pn. Zulinda Haron (GPK Ko-Kurikulum SK Dusun Tua), Pn. Ruhaizan Yatim (GPK Pendidikan Khas SK Dusun Tua) dan Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat.


HULU LANGAT, 28 Mac 2023 - En. Iwal Mohd Anuar menyara isteri dan anak-anak dengan melakukan kerja-kerja kampung dengan pendapatan purata sekitar RM 300 sebulan. Tanggungan beliau ialah seramai 5 orang.

Isteri beliau, Pn. Siti Rahani Abdul Manaf membantu menambah pendapatan keluarga dengan mengambil tempahan membuat 'kuih tiram'. Pasangan ini dan anak-anak mereka tinggal menyewa dan pihak Lembaga Zakat Selangor membantu menanggung bayaran sewa bulanan, di samping bantuan untuk anak-anak.

Anak ke-3 pasangan ini merupakan OKU masalah pembelajaran dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dua orang anak yang lain menghidap penyakit asma.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada YBhg. Dato' Ahmad Fuad dan telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz , Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan . Turut bersama ialah Pn. Zulinda Haron (GPK Ko-Kurikulum SK Dusun Tua), Pn. Ruhaizan Yatim (GPK Pendidikan Khas SK Dusun Tua) dan Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat.


HULU LANGAT, 28 Mac 2023 - Dengan melakukan kerja-kerja kampung, En. Muslianafi Musa mampu memperoleh pendapatan sekitar RM700 untuk menyara isteri dan 3 orang anaknya.

Isteri beliau, Pn. Mazlini Omar tidak bekerja. Dua orang anak pasangan ini merupakan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat , seorang lagi menghidap asma. Tinggal menyewa di kediaman sekarang dan mendapat bantuan RM 500 sebulan daripada Lembaga Zakat Selangor.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada 'Hamba Allah' dan telah disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim , Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan .

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;