SEPANG, 6 April 2023 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2023 daripada Yayasan VFive, telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK) serta diiringi oleh Pn. Mirza Mastura (Aktivis Masyarakat Sg. Pelek) kepada 4 buah keluarga di daerah Sepang.

Penerima sumbangan adalah seperti berikut;


SEPANG, 6 April 2023 - En. Rohalzat menyara keluarganya dengan menjadi seorang nelayan yang mencari hasil-hasil laut. Beliau turun ke laut setiap hari kecuali jika cuaca tidak mengizinkan. Hasil-hasil tangkapan kemudiannya dijual kepada peraih, dan secara purata beliau memperoleh sekitar RM 850 sebulan.

Isteri beliau, Pn. Azfa Laili Tusirum membantu menambah pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai. Pasangan ini menanggung 5 orang anak dan salah seorang daripadanya merupakan OKU.

Keluarga ini tinggal di rumah pemberian keluarga dan menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 650 sebulan.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Yayasan VFive dan disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan). Keluarga ini turut menerima barangan sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dutch Lady Malaysia .

Turut bersama ialah Pn. Mirza Mastura (Aktivis Masyarakat Sg. Pelek merangkap Sukarelawan YBK) dan En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK).


SEPANG, 6 April 2023 - Pn. Mariani adalah seorang ibu tunggal yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan sendiri untuk menyara keluarga. Antaranya ialah menyediakan sarapan dan menjual burger, di samping menjual barangan lain.

Pendapatan yang diperoleh beliau daripada perniagaan kecil-kecilan ini secara purata adalah sekitar RM 700 sebulan.

Beliau tinggal bersama 4 orang anaknya di sebuah rumah yang disewa dengan kadar RM 400 sebulan. Anak ke-3 beliau merupakan seorang OKU pendengaran dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Keluarga ini juga menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Yayasan VFive dan disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan) dan telah diterima oleh anak ke-2 mewakili ibunya. Keluarga ini turut menerima barangan sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dutch Lady Malaysia .

Turut bersama ialah Pn. Mirza Mastura (Aktivis Masyarakat Sg. Pelek merangkap Sukarelawan YBK) dan En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK).


SEPANG, 6 April 2023 - Dengan kemahiran menjahit yang ada pada dirinya, itulah yang dijadikan oleh En. Khirussani Bajuri sebagai punca rezeki untuk menyara keluarganya. Pendapatan beliau bergantung kepada permintaan, dan anggarannya sekitar RM 850 sebulan.

Difahamkan dahulunya beliau memiliki kedai jahitan sendiri, namun selepas negara menghadapi musibah COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau kehilangan kedai berkenaan selepas gagal mencapai kata sepakat dengan pemilik premis. Kini semua tempatan jahitan disempurnakan di kediaman beliau.

Mujurlah isteri beliau, Pn. Siti Haslina Abu Hassan membantu beliau menguruskan tempahan jahitan yang diterima. Pasangan ini menanggung 6 orang anak yang masih belajar dan anak sulung pasangan ini merupakan seorang OKU. Rumah keluarga ini adalah disewa dengan kadar RM 500 sebulan. Lembaga Zakat Selangor ada menghulurkan bantuan bulanan.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Yayasan VFive dan disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan). Keluarga ini turut menerima barangan sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dutch Lady Malaysia .

Turut bersama ialah En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Pn. Mirza Mastura (Aktivis Masyarakat Sg. Pelek merangkap Sukarelawan YBK).


SEPANG, 6 April 2023 - Dengan membuat kerja-kerja kampung seperti memetik buah sawit, En. Rasman Sadikin mampu memperoleh pendapatan sekitar RM 950 sebulan. Dengan pendapatan itulah beliau menyara dan menanggung 7 orang anaknya.

Isteri beliau, Pn. Nor Azizah Mohd Simoh merupakan suri rumah sepenuh masa. Keluarga ini tinggal di rumah pusaka, dan 4 daripada 7 orang anak masih bersekolah. Anak sulung pasangan ini sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik, anak ke-2 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan yang ke-3 bekerja sendiri.

Lembaga Zakat Selangor ada menyampaikan bantuan persekolahan kepada keluarga ini. Tiada bantuan lain yang diterima.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Yayasan VFive dan disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan). Keluarga ini turut menerima barangan sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dutch Lady Malaysia .

Turut bersama ialah En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Pn. Mirza Mastura (Aktivis Masyarakat Sg. Pelek merangkap Sukarelawan YBK).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;