HULU LANGAT, 5 September 2023 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz hari ini telah dijemput untuk memberikan perkongsian motivasi dalam Program Dchampion SPM "Kau Idolaku" di SMK Abdul Jalil, Hulu Langat.

En. Sherhan Nizam merupakan alumni SMK Abdul Jalil (SPM 2002).

Program yang bermula pada jam 8:30 pagi disertai oleh hampir 90 orang pelajar tingkatan lima. Turut hadir menyaksikan sesi adalah Encik Mohd Fyirhan Roseli (kaunselor) dan guru-guru dari Unit Bimbingan dan Kaunseling selaku penganjur.

En. Sherhan Nizam telah memberikan perkongsian berkenaan pencapaian diri, ciri-ciri pelajar terbaik, kepentingan merancang dalam hidup, serta pengalaman dalam program belia, di mana beliau memberi contoh penglibatan dalam Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP).

Para pelajar juga telah diajak untuk membangkitkan keadaan diri cemerlang melalui aktiviti 'Aku 2050' dan diperkenalkan dengan corak 'State Management' yang telah disampaikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) yang turut hadir membantu.

Program diakhiri dengan ucapan penutup daripada Pengetua Cemerlang, Puan Wan Norma Wan Pi dan penyampaian cendera hati.


5 September 2023 - General Manager of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz was today invited to provide motivational sharing in the "Kau Idolaku" SPM Dchampion Program at SMK Abdul Jalil, Hulu Langat.

En. Sherhan Nizam is an alumnus of SMK Abdul Jalil (SPM 2002).

The program which started at 8:30 am was attended by almost ninety students. Also present at the session were Encik Mohd Fyirhan Roseli (counselor) and teachers from the Guidance and Counseling Unit as organizers.

En. Sherhan Nizam has shared on personal achievement, best student characteristics, the importance of planning in life, as well as experience in youth program, where he exemplified his involvement in the South East Asian and Japanese Youth Ship Program (SSEAYP).

The students were also invited to raise their excellent self-esteem through the 'Aku 2050' activity and were introduced to the 'State Management' pattern presented by Encik Audi Faliq Ibrahim ( YBK Media and Public Relations Manager) who was also present to help.

The program ended with a closing speech from the Distinguished Principal, Puan Wan Norma Wan Pi and the presentation of the souvenir. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;