SERENDAH, 6 September 2023 - Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (ASKA) Serendah telah menerima lawatan daripada Dr. Hajah Umi Waheeda Haji Abdul Rahman, Ketua Yayasan Al-Ashriyyah Nurul Iman, Parung, Bogor, Indonesia.

Lawatan ini adalah atas jemputan YBK yang telah berkunjung ke Yayasan kelolaan beliau di Bogor, Indonesia pada bulan Ogos yang lepas. Hadir menyambut ketibaan beliau di Asrama Kasih adalah YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih).

Beliau telah diberikan taklimat berkenaan latar belakang Asrama Kasih oleh Puan Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA), diikuti dengan sesi perbincangan berkenaan kerjasama dan perkongsian kepakaran yang boleh dilaksanakan oleh YBK dan Yayasan Al-Ashriyyah Nurul Iman.

Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan pengurus jabatan YBK dan ASKA.

Antara perkara yang telah diusulkan adalah berkenaan pendanaan awam (crowd funding) dan peluang perniagaan produk-produk keluaran Yayasan Al-Ashriyyah Nurul Iman di Malaysia.


SERENDAH, 6 September 2023 - Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (ASKA) Serendah received a visit from Dr. Hajah Umi Waheeda Haji Abdul Rahman, Head of Yayasan Al-Ashriyyah Nurul Iman, Parung, Bogor, Indonesia. The visit was at the invitation of YBK who visited her Yayasan in Bogor, Indonesia last August.

Present to welcome her at the Asrama Kasih was YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), YBhg. Datin Dr Hajah Hartini Osman (Chairman of the Asrama Kasih YBK).

She was briefed on the background of Asrama Kasih by Puan Halimaton Saadiah (Principal of ASKA), followed by a discussion session on cooperation and sharing of expertise that can be implemented by YBK and Yayasan Al-Ashriyyah Nurul Iman. Also present were Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), and department manager of YBK and ASKA.

Among the matters proposed are public funding and business opportunities for Yayasan Al-Ashriyyah Nurul Iman products in Malaysia.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;