ALOR SETAR, 22 Januari 2024 - Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Basmi Kemiskinan (ALPA YBK) pagi ini telah mengadakan Kunjung Hormat bertemu Yang Berhormat Dr. Haim Hilman Abdullah, Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah merangkap ADUN Jitra.

Kunjungan hormat ini adalah bagi menyampaikan penghargaan tertinggi Pengasas, Pengerusi serta seluruh karyawan YBK atas jasa serta khidmat bakti Yang Berhormat selaku ALPA YBK dari November 2020 sehingga Oktober 2023, di samping bersilaturahim dan bertukar-tukar pendapat berkenaan kerjasama yang boleh dilaksanakan.

ALPA YBK yang hadir adalah Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj Khalid, dan Encik Zainal Mohd Jais. Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Sesi Kunjung Hormat diakhiri dengan penyampaian cenderamata penghargaan daripada YBK dan sesi bergambar.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;