KUALA LUMPUR, 23 Februari 2024 - Satu catatan sejarah telah tercipta malam ini apabila YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima anugerah berprestij ‘The Muslim World Rania Award 2024’ pada satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Beliau merupakan salah seorang daripada 14 orang penerima dalam anugerah yang memberi pengiktirafan kepada wanita-wanita cemerlang dari dunia Islam yang telah melalui pelbagai cabaran sehingga berjaya dalam kehidupan dan menyumbang kepada pembangunan ummah.

Anugerah telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, dan disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Antara tokoh-tokoh yang telah menerima anugerah ini adalah YB Dato’ Seri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Mazlan Othman (Felo Kanan, Akademi Sains Malaysia), YBhg. Tan Sri Zarinah Anwar (Pengerusi Universiti Malaya), dan juga penerima-penerima dari luar negara.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

Sebagai sebuah Yayasan di mana beliau aktif melaksanakan kerja-kerja kebajikan, anugerah ini merupakan satu kebanggaan dan pengiktirafan di atas komitmen dan jasa beliau yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan aktiviti dan aspirasi YBK, dan seharusnya menjadi suri teladan kepada wanita di Malaysia, khususnya kumpulan belia dalam mencontohi kegigihan beliau.

Pengasas, Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Pengurus Besar dan seluruh karyawan YBK mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas anugerah ini dan semoga YBhg. Datin Dr Hajah Hartini Osman terus sukses dalam bidang yang diceburi.


Gambar: Facebook Page YBK


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;