- Hit: 69
KELANA JAYA, 19 Disember 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada PEN Academy.
Hadir daripada pihak PEN Academy adalah Encik Mohd Hauzir Husin (Pengarah Urusan merangkap Pengasas) dan Encik Raimi Khalidin (Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Strategi).
Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK telah mengalu-alukan kehadiran dan memberikan taklimat berkenaan latar belakang YBK kepada delegasi. Ini diikuti dengan perkongsian profil PEN Academy oleh Encik Mohd Hauzir dan perbincangan ruang-ruang kerjasama antara kedua-dua pihak.
PEN Academy adalah satu institusi pendidikan yang menggunakan konsep pembangunan kerjaya berdasarkan Program Latihan Industri. Institusi ini menawarkan program sijil profesional pelbagai kursus dalam bidang seperti hospitaliti dan logistik melalui kerjasama dengan UTMSPACE dan University College TATI.
Turut bersama dalam sesi, Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran, Sumber Manusia dan Pendidikan) serta Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam).
YBK dan PEN Academy secara prinsip telah bersetuju untuk memperincikan kerjasama dalam aspek menambah nilai peluang pendidikan kepada pelajar dan alumni outlet-outlet YBK seperti Asrama Kasih dan Akademi Kemahiran YBK, di samping merancang program bersama untuk membantu anak-anak daripada keluarga yang kurang bernasib baik mendapat peluang pendidikan tinggi.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan