- Hit: 62
KG GESIR TENGAH, 3 Januari 2025 - Telah berlangsung pada sebelah pagi, sesi NLP bersama para pelatih Akademi Kemahiran Yayasan Basmi Kemiskinan (AKYBK).
Sesi yang bermula pada jam 10 pagi selama 2 jam telah dikendalikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih merangkap ALPA YBK. Seluruh pelatih AKYBK seramai 7 orang telah mengikuti sesi ini.
Para pelatih telah mempelajari dan mengenal โSistem Representasiโ seseorang dan diri sendiri. Selain itu juga, En Zulhairy menyentuh berkenaan kepercayaan diri, wayang minda, sikap dalam bekerja dan bersama rakan-rakan, membina 'rapport' dan mengurus emosi diri.
Sesi motivasi bersama pelatih AKYBK dirancang untuk dilaksanakan secara bulanan bagi membina semangat pelatih secara berterusan berdasarkan konsep Semangat Mendaki YBK. Sesi turut disertai oleh Pn. Norleza Hambali, Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan, serta karyawan dari YBK Global Camp.
Laporan disediakan oleh Nur Shafiqah Sunazman
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
ย