KELANA JAYA, 15 Januari 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi GIATMARA Petaling Jaya Selatan (GIATMARA PJS).

Delegasi GIATMARA PJS telah diketuai oleh Pengurus Kanan, Puan Yushaslinda Yaso. Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mengalu-alukan kehadiran dan dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi taklimat.

Taklimat berkenaan YBK telah diperlihatkan kepada delegasi dan diteruskan dengan taklimat daripada GIATMARA PJS. Ini disusuli dengan sesi perbincangan berkenaan kerjasama strategik yang boleh diterokai oleh YBK dan GIATMARA PJS.

Turut bersama dalam sesi ini adalah Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Puan Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir), dan Cik Raudah Zakaria (wakil Akademi Kemahiran YBK).

Secara dasarnya, YBK dan GIATMARA PJS telah melihat beberapa potensi sinergi dalam program kedua-dua pihak, khususnya dari aspek kesediaan GIATMARA PJS untuk memberi peluang menyertai kursus-kursus pendek dan mengambil manfaat kemudahan fasiliti dan kepakaran yang dimiliki, di samping peluang melanjutkan pelajaran untuk anak-anak Asrama Kasih YBK.

Perbincangan lanjutan berkenaan pemeteraian kerjasama secara rasmi akan dilakukan di peringkat pengurusan.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


COURTESY VISIT OF GIATMARA PETALING JAYA SELATAN TO YBK

KELANA JAYA, 15 January 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today received a courtesy call from the Petaling Jaya Selatan GIATMARA Sdn. Bhd. (GIATMARA PJS) delegation.

The GIATMARA PJS delegation was led by the Senior Manager, Mrs. Yushaslinda Yaso. YBK General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz welcomed the audience and was taken to the Meeting Room for the briefing session.

The briefing on YBK was shown to the delegates and continued with a briefing from GIATMARA PJS. This was followed by a discussion session on strategic collaborations that can be explored by YBK and GIATMARA PJS.

Also present in this session were Mrs. Norleza Hambali (YBK Administration and Education Manager), Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager), Mrs. Halimaton Saadiah (Principal of Asrama Kasih YBK Serendah), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Principal of Asrama Kasih YBK Gesir), and Ms. Raudah Zakaria (Akademi Kemahiran YBK representative).

In principle, YBK and GIATMARA PJS have seen several potential synergies in the programmes of both parties, especially in terms of GIATMARA PJS's willingness to provide opportunities to participate in short courses and take advantage of the facilities and expertise possessed, as well as further education opportunities for the children of YBK Kasih Dormitory.

Further discussions on the formal signing of the cooperation will be held at the management level.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;