- Hit: 37
PUTRAJAYA, 4 Februari 2025 - YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merangkap Presiden Persatuan Bengkulu Malaysia bersama delegasi Badan Musyawarah Adat Provinsi Bengkulu, Indonesia yang diketuai oleh Pak Efendi MS telah melaksanakan kunjungan hormat bertemu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohd, mantan Perdana Menteri Malaysia di pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Turut bersama adalah ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Bengkulu Malaysia. Delegasi telah diberi peluang mendengar perkongsian dan bersoal jawab bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir dan ahli yang hadir turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama negarawan ulung ini.