- Hit: 33
KG. GESIR TENGAH, 7 Februari 2025 - Hari ini telah berlangsung Motivasi NLP Siri 5: Tonggak NLP 2 yang disertai oleh para pelatih dan karyawan Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK merangkap Ketua Jurulatih Motivasi YBK.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Norleza Hambali (Pengurus Jabatan Pendidikan, Pembangunan Modal Insan & Penyelidikan merangkap Pengurus Pentadbiran YBK), dan saudari Shafiqah Sunazman daripada Jabatan Media & Perhubungan Awam YBK.
Pengisian bertajuk 'Tonggak NLP 2' yang dipelajari hari ini berkaitan dengan "Wayang Minda". Wayang Minda adalah apa yang kita cipta, dan andaikan menentukan bagaimana cara kita berfikir. Setiap orang mempunyai wayang minda yang berbeza dan sentiasa berubah-berubah. Kita harus meraikan dan sentiasa hormati perbezaan masing-masing.
Terima kasih Tuan Haji Zulhairy atas perkongsian dan ilmu yang disampaikan.
Artikel disediakan oleh Unit Media AKYBK